Welcome, visitor! [ Register | Loginrss

Posting Iklan

JPJ Akan Wajibkan Syarikat Kereta Terpakai Guna Sistem E-tukar Hak Milik

Posted February 17, 2012 by admin in Blog Kereta Terpakai | 46 comments

GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menggunapakai sistem E-Tukar Hak Milik Sementara sebagai penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata sistem yang diperkenalkan sejak Disember lepas merupakan inisiatif Persatuan Penjual Kereta Terpakai bagi melindungi kepentingan pengguna.

“Kami sedang memantau bagaimana sistem ini beroperasi. Sistem itu juga telah sedia dan (JPJ) berkemungkinan akan mewajibkan syarikat kereta terpakai menggunakan sistem berkenaan bagi semua urusan proses tukar milik kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan bangunan baru JPJ cawangan Batu Uban hari ini.

Beliau berkata ketika ini JPJ hanya meminta semua syarikat kereta terpakai menggunakan sistem itu bagi mengelak berulangnya kes pemilik kenderaan berhadapan pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Tahun lepas, kabinet memutuskan untuk melaksanakan Sistem e-Tukar Milik Sementara selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.

Menerusi sistem itu, transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara.

Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula dari tarikh borang itu ditandatangani sehingga kenderaan berkenaan dijual kepada pelanggan baru.

Sementara itu, bangunan dua tingkat pejabat JPJ cawangan Batu Uban terletak di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM9.376 juta dan mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan.

Cawangan baru itu mula beroperasi pada 30 Jan lepas dengan waktu urusniaga bermula pukul 7.45 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja. Sebanyak 25 kaunter disediakan bagi kemudahan pelanggan menyelesaikan urusan masing-masing.

– BERNAMA

RTD To Compel Used Car Dealers To Adopt E-Transfer Of Ownership System

Posted February 17, 2012 by admin in Blog Kereta Terpakai | 756 comments

GEORGE TOWN, Feb 16 (Bernama) — The Road Transport Department (RTD) will compel all used car dealers to adopt the temporary e-transfer of ownership system to solve all issues concerning the transfer of vehicle ownership.

Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said the system was introduced in December last year under the Malaysian Used Car Dealer Association’s initiative to protect the interests of the consumers.

“We are now monitoring how the system works. It’s all in place and there is a high possibility that used car dealers will be compelled to adopt the system for all car ownership transfer transactions,” he told reporters after opening Batu Uban RTD’s new building here Thursday.

At present, Kong said all used car dealers had been advised to adopt the system to absolve previous owner from any issue pertaining to the car during the transitional phase before it was sold to new owner.

The government decided to implement the temporary e-transfer of ownership system last year after the RTD was deluged with complaints from the public who had either sold or traded in their vehicles with used car dealers.

Under the system, all vehicle ownership transfer transactions must be registered with the RTD with a fee of RM10 to enable the ownership of the vehicle to be transferred to the used car dealers before the car is sold to the new owner.

Meanwhile, Kong said the new double-storey building for Batu Uban RTD was built on a 0.8-hectare site at a cost of RM9.376 million.

He said the building took 15 months to be completed and had been fully operational since Jan 30 with 25 counters to facilitate the customers.

– BERNAMA

Nuffnang Malaysia Pilihan No. 1 saya.

Posted December 11, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | 16 comments

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada nuffnang malaysia yang telah memberi peluang seperti :

1) Pendapatan Internet diterima setakat ini, iaitu sebanyak RM166.74
2) Menyediakan perkhidmatan ANALYTICS yang amat berkesan
3) Iklan-iklan yang dipaparkan di laman web ini, lebih bernyawa dan bersinar-sinar

Saya tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan perkidmatan dari nuffnang, 100% percuma.
Malahan masih dapat duit. Saya bersama nuffnang malaysia sejak tahun lalu dan akan bersama-samanya.

Dan amat berterima kasih kepada Nuffnangers disana, tanpa sokongan/pendapat mereka bukan mudah laman web ini dapat berterusan. Saya amat gembira dapat melawat blog dan laman web nuffnangers disana kerana mereka dapat memberi maklumat/pandangan yang amat positif serta amat berkesan.

Sekian terima kasih.

Tidak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang

Posted October 12, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | 8 comments

12-10-2012

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

- Bernama

Kedudukan Laman Web Kereta-Terpakai.my Di Alexa

Posted September 11, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | No comments yet

Alexa, Secara ringkasnya Alexa adalah sebuah laman yang merekodkan kedudukan setiap laman web di internet. Kedudukan yang dimaksudkan di sini ialah populariti blog anda.

Kedudukan setakat hari ini 11-09-2011
Dunia : 1,151,402
Malaysia : 9,911

Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi melayari laman web kereta-terpakai.my.

MAA revising downwards TIV forecast to 608,000

Posted July 19, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | No comments yet

Tuesday July 19, 2011

By EUGENE MAHALINGAM
eugenicz@thestar.com.my

PETALING JAYA: Sales of automobiles in Malaysia are expected to reach a new record this year despite the disruption in supply following the earthquake in Japan in March and delays to vehicle registrations due to the amendments made to the Hire Purchase Act 1967 (HPA), said the Malaysian Automotive Association (MAA).

Despite revising downwards its total industry volume (TIV) forecast to 608,000 units from 618,000 units initially for 2011, the projection, if achieved, will still be higher than the record high of 605,156 units achieved last year.

“The quantum of decline in monthly total industry production is reducing. This can be attributed to the remedial measures undertaken by Japanese car manufacturers to overcome the disruption in supply chain,” said MAA president Datuk Aishah Ahmad at a briefing yesterday.

She also said efforts were being made by the Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry and the relevant stakeholders to discuss and resolve the “teething operational problems” following the enforcement of the amended HPA on June 15.

For the first six months of 2011, total vehicle sales slipped 1.3% to 297,203 units from 301,115 units in the previous corresponding period.

Passenger car sales during the six-month period fell 2.3% to 265,654 units from 271,903 units a year earlier but sales of commercial vehicles rose 8% to 31,549 units from 29,212 units in the same period a year earlier.

“The plants of commercial vehicles are located towards the south of Japan and these were not affected by the earthquake. Also, demand for commercial vehicles is still there,” said Aishah.

Despite trailing last year’s TIV in the first six months of 2011, Aishah said vehicle sales could still catch up and surpass last year’s total vehicle sales record, which was in itself a new high for Malaysia since hitting 552,316 units in 2005.

“Positive consumer sentiments are expected to continue owing to greater stability in the employment market and the introduction of new models may help to sustain buying interest,” she said, adding that production supply issues of local players should be fully resolved by August.

According to the MAA, vehicle sales in June 2011 were down 23% to 41,790 units from 54,005 units a year earlier.

The association said sales volume for July is expected to improve.

“The supply situation has improved with full recovery expected over the next one to two months,” it said in a statement, adding that the hiccups caused by the implementation of amendments to the HPA would be resolved.

Maklumat tak tepat, CTOS diperintah bayar RM200,000

Posted July 15, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | No comments yet

Jul 15, 11 7:39pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar gantirugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua buah bank.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid mengarahkan agensi pelaporan kredit itu membayar gantirugi tersebut dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian seluruh jumlah penghakiman.

Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata berikutan maklumat yang tidak tepat, Shafie Abdul Rahman, 55, selaku plaintif, mengalami kerugian dan difitnah.

Katanya mana-mana individu yang menjalankan perniagaan melibatkan individu yang lain harus mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard berhati-hati serta berkemahiran dalam urusan supaya tidak menjejaskan hak kebebasan asasi individu lain.

Saman fitnah yang difailkan pada 2006 ini adalah berikutan tindakan CTOS yang menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.

Berikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan bahawa beliau bukan muflis seperti yang dinyatakan.

Katanya, isu muflis itu timbul ketika RHB Bank secara tidak sengaja telah memohon perintah kebankrapan terhadapnya. Berikutan itu, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 17 Januari 2003.

Setelah menyedari kesilapannya, bank itu segera meminta maaf kepadanya dan telah menarik balik perintah kebankrapan itu.

Shafie berkata beliau tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS telah mengutip maklumat daripada notis kebankrapan yang awal yang memberi gambaran seolah-olah beliau tidak layak menjadi peminjam.

Sementara itu, dalam pembelaannya, CTOS berkata maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya, yang kebanyakannya institusi kewangan, hanya sebagai bahan rujukan.

CTOS juga berkata pelanggang mereka juga dinasihatkan supaya menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

- Bernama

Kenderaan recond ada kelebihan

Posted July 13, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | Comments Off

12/07/2011

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my

EKONOMI negara yang semakin berkembang dari tahun ke tahun turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk.

Antaranya ialah sektor automotif dalam bidang perindustrian. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, rakyat negara ini mempunyai bermacam-macam model untuk dipilih sesuai dengan cita rasa dan kemampuan.

Sudah tentu kereta nasional seperti Proton, Perodua dan Naza mendahului senarai dari segi jumlah jualan.

Namun, itu tidak bermakna kereta-kereta import sama ada yang dipasangkan di negara ini (CKD) atau unit diimport sepenuhnya (CBU), kurang permintaannya.

Tetapi ada satu lagi kategori kereta import yang digemari rakyat negara ini terutama yang membabitkan jenama mewah. Ia dikenali sebagai kereta recond, iaitu kereta terpakai di luar negara terutama Jepun dan Eropah yang telah dibaik pulih dan diimport untuk pasaran negara ini.

Mengulas trend kenderaan recond pada masa kini Pengarah Operasi Kumpulaniaga Mahmud Taib Sdn. Bhd. (KNMT) iaitu syarikat penjual dan pemegang permit import (AP), Shazwann Osman berkata, tiga model yang paling digemari di negara ini adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota dari model Estima, Alphard dan Vellfire. Ia diminati kerana kapasiti kabin yang luas untuk kemudahan pejabat dan keluarga.

Model itu katanya, merupakan yang mendapat permintaan tinggi selain jenama-jenama mewah lain termasuk Mercedes, BMW, Lexus, Mazda, Honda, Hummer dan sebagainya.

Kelebihan kereta recond terutama dari jenama mewah ialah harganya lebih rendah berbanding kereta baru.

Mengenai persepsi negatif terhadap kereta recond, Shazwann berkata, para pembeli tidak perlu bimbang kerana syarikat yang bertanggungjawab selalunya akan memastikan hanya membawa masuk kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik.

“Bagi setiap kenderaan yang dibawa masuk dari Jepun, kita akan pastikan setiap unit melalui pemeriksaan yang teliti dan mempunyai sijil pengiktirafan dari negara itu.

“Pembeli juga tidak perlu bimbang mengenai pengubahsuaian yang dilakukan kerana kelulusan dibuat mengikut kesesuaian dan undang-undang di negara ini,” katanya.

Selain itu katanya, tiga penyelenggaraan asas akan dilakukan ke atas kenderaan terbabit sebelum diserahkan kepada pelanggan.

“Tiga penyelenggaraan itu ialah penukaran pad brek, minyak enjin dan minyak kotak gear,” jelasnya.

Selain itu, kenderaan tersebut juga tetap ada jaminan tersendiri.

Kata Shazwann, jaminan terakhir bagi setiap kenderaan recond yang diguna pakai di Jepun antara tempoh satu hingga lima tahun (maksimum) bagi pembelian selama enam bulan.

Sementara itu Shazwann berkata, pihaknya juga berusaha sedaya upaya untuk memendekkan tempoh pelanggan menunggu.

Pembelian kenderaan jenis itu menurutnya mengambil masa kira-kira dua minggu jika stok ada dalam simpanan. Manakala untuk tempahan khas, proses mengambil masa sehingga sebulan setengah.

“Harga bagi setiap unit kereta recond ditetapkan mengikut usia, spesifikasi dan aksesori. Untuk mendapatkan aksesori tertentu dari Jepun, pelanggan boleh berbincang dengan jurujual,” ujarnya.

Tetapi yang nyata, kereta recond tetap mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

PROTON menang anugerah kereta rakyat, nilai bagi wang

Posted July 12, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | No comments yet

2011/07/12

SUBANG: PROTON Holdings Bhd memenangi anugerah kereta rakyat dan nilai bagi wang untuk kereta keluarga terbaik pada majlis Anugerah Industri Auto; Auto Asia 2011.

PROTON Saga FaceLift (FL) 1.6L memenangi kategori kereta rakyat terbaik dan PROTON Inspira 1.8 memenangi anugerah kategori kereta keluarga bagi nilai bagi wang.

“PROTON Saga FL dan PROTON Inspira berjaya di segi jualan dan anugerah ini adalah satu rangsangan bagi kereta itu dan syarikat untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik,” kata Pengurus Besar Bahagian Pemasaran PROTON Edar Sdn Bhd, Sidik Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis tahunan keempat itu menawarkan 19 anugeah bagi mengiktiraf industri automotif terbaik di Malaysia pada tahun ini. – BERNAMA

K’jaan tak longgar syarat guna cermin gelap

Posted July 11, 2011 by admin in Blog Kereta Terpakai | No comments yet

Jul 11, 11 12:49pm

Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.

“Walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah, namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Nor Hayati Onn.

Nor Hayati ingin tahu sama ada syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan atau tidak atas sebab suhu serta kes jenayah yang meningkat.

Selain itu, Jelaing berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan.

- Bernama

Page 1 of 212››

RTD To Compel Used Car Dealers To Adopt E-Transfer Of Ownership System

by admin on February 17, 2012 - 756 Comments

GEORGE TOWN, Feb 16 (Bernama) -- The Road Transport Department (RTD) will compel all used car dealers to adopt the temporary e-transfer of ownership system to s...

JPJ Akan Wajibkan Syarikat Kereta Terpakai Guna Sistem E-tukar Hak Milik

by admin on February 17, 2012 - 46 Comments

GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menggunapakai sistem E-Tukar Hak Milik Sementar...

Categories

  • No categories

Official Web Submission

Semakan Kredit Sendiri